PS

Alhamdulillah untuk julung-julung kalinya kita bertemu di sini untuk sama-sama berkongsi apa yang kita miliki dengan sesama kita. Dalam Sudut PS ini shifu akan cuba membawa saudara sekelian tentang bagaimana menggunakan aplikasi PS ini. Tidak dinafikan amat banyak buku-buku dan klip tutorial dalam alam sensawang ini. Namun diperingatkan di sini shifu bukanlah tergolong dalam kelas profesional dalam bidang ini. Tetapi oleh kerana sukarnya untuk di temui satu kaedah pembelajaran yang mudah difahami dan dipraktikkan, menyebabkan seorang sahabat shifu mengusulkan supaya shifu membuka blog ini untuk berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa ini dengan peluncur yang dihormati sekelian.

Sayugia diingatkan bahawa blog ini bukan satu blog rasmi atau formal dalam membentangkan tatacara pengunaan aplikasi tersebut tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman bersama. Oleh itu semua peluncur yang dihormati digalakan memberi komen dan apa jua maklumat yang bersangkutan isu yang dibincangkan untuk kebaikan bersama.

Wallahu 'alam

0 ulasan:

Post a Comment

125 x 60