Pengiklanan

Maklumat yang diperlukan apabila hendak mengiklan
1. jenama/jenis barangan iklan (produk yang nak diiklan)

2. images* berukuran seperti saiz tawaran iklan

3. URL laman anda
4. Maklumat tambahan yang difikirkan perlu.

Kemudian emailkan kepada shifumaster@gmail.com

Insyaallah email anda akan dijawab dalam masa 3 hari.


Ukuran sais banner iklan yang ditawarkan
1. 250 x 50
2. 185 x 60

Syarat-syarat iklan

1. Iklan yang berkaitan dengan skim cepat kaya, jana wang, impian, berbentuk pertandingan, semua jenis alatan yang haram bagi lelaki dan wanita, jualan ayat Quran, promosi atau link kepada laman lucah atau yang bercanggah dengan hukum islam. Pada dasarnya sesuatu kelulusan sesuatu iklan adalah bergantung kepada budi bicara dan penilaian kami. Semua keputusan adalah muktamad dari pihak kami.


2. Sebarang pelanggaran syarat tanpa atau dengan disedari oleh pihak yang mohon mengiklan, pihak kami akan dengan serta merta akan menamatkan penyiaran iklan anda tanpa notis atau pemberitahuan terlebih dahulu.
3. Sayugia di ingatkan bahawa syarat-syarat pengiklanan berkemungkinan akan berubah dari masa ke semasa, oleh itu pihak kami akan memberikan notis atau pemberitahuan jika terdapat sebarangperubahan pada syarat .


4. Imej yang dibenarkan adalah didalam format pnggif atau jpg dengan kuantiti bit yang tidak melebihi200KB.


5. Pastikan imej samada wanita atau lelaki adalah tidak mendedahkan AURAT atau jika ianya melibatkan sebarang imej selain manusia hendaklah tidak menyinggung mana-mana pihak atau individu.


6. Pihak anda boleh menukar imej iklan beberapa kali yang dikehendaki tetapi imej tersebut adalah milik sendiri. Pihak anda juga boleh menukar link laman dengan syarat link tersebut tidak bertentang dengan syarat-syarat pengiklanan kami.


Tempoh mengiklan

1. Setiap iklan adalah dibenarkan papar tayang selama 10 hari. Tempoh tersebut adalah tidak muktamad dan mungkin berubah mengikut keperluan di masa hadapan.


2. Sebarang penambahan tempoh papar tayang iklan adalah dibenarkan tetapi ianya akan di sambung papar tayang setelah direhatkan selama 5 hari. Disarankan anda untuk membuat permohonan penambahan tempoh papar tayang iklan di emailkan kepada pihak kami 3 hari sebelum tamat tempoh 10 hari papar tayang iklan anda.


3. Jika berlaku sebarang gangguan pada blog kami melebihi 4 jam dalam sehari maka iklan anda secara automatic akan diganti dengan tempoh 1 hari. Perkara ini tidak tertakluk jika gangguan adalah disebabkan oleh pihak anda sendiri atau pihak yang menyediakan talian internet atau kerosakan pada server blog kami atau sesuatu masalah yang bukan didalam kuasa dan tanggungan kami.


4. Semua syarat pada tempoh iklan ini adalah merangkumi semua jenis iklan yang digunakan di dalam blog ini samada yang berbentuk image atau teks.


Pembayaran

1. Tiada pembayaran yang dikenakan  kepada setiap iklan yang dipapar tayangkan di blog ini. Tetapi anda diharap dapat membuat SUMBANGAN IKHLAS kepada blog ini. Kuantiti sumbangan adalah terletak kepada budi bicara pihak anda. Sumbangan anda akan memastikan kehadiran blog ini berterusan.


2. Sila masukkan SUMBANGAN IKHLAS anda secara online ke Akaun Maybank bernombor 156011963022 di atas nama pemegang amanah kami Saiful Bahari bin Mohamed Nor dan sila emailkan kepada kami penyata atau maklumkan tentang sumbangan ikhlas tersebut sebagai bukti sumbangan anda.



0 ulasan:

Post a Comment

125 x 60