Mengenali Elemen PS (Samb)

  Ketemu lagi kita dalam tutorial santai PS ni. Tak yah buang masa kita terus ke isu nya.


4.  Kawasan Kerja Imej ( Document Window). Yang ni tak payah nak terangkan lelebih kot, kasi tunjuk gambar dibawah ni pasti fahamkan. Keseluruhan kawasan kerja imej adalah pada  kawasan yang berwarna putih dan kelabu tu.




5.  Palettes digunakan untuk menunjukkan parameter ketika menyunting imej. nak keluarkan palettes ni kena klik pada Menu Window kemudian buat pilihan yang sesuai Palettes yang nak digunakan. Macam dalam gambarajah kat bawah ni.



    Okey rasa cukup buat sampai tu dulu, kita sambung lagi di masa lain insyallah.

Mengenali Elemen PS

   Kali ni kita mulakan tutorial kita dengan bab yang ringan-ringan ajer ok. Memang le bab ni bohsan skit hehehe!! tapi kena juga ambil tahu nanti susah juga nak guna kalau tak tau tang mana nak klik.!! Ok tutorial kita awal ni kita kenali skit punya banyak elemen pada PS CS3 ni naik juling mata shifu kekadang hehehe!!. Orait kita teruskan.


1. Menu Bar terletak kat atas sekali dari pada paparan panel PS CS3. Seperti gambar dibawah ni. 


Kalau diperhatikan ada beza skit antara PS CS3 dan PS CS3 Extended. Bezanya adalah pada menu 'Analysis'. Menu tu hanya ada pada PS CS3 Extended.


2. Tools Pallete atau Toolbox. Dalam elemen ni ada tombol-tombol yang mewakili alat-alat yang digunakan untuk kita sunting atau buat imej atau objek. Rupanya macam dibawah ni.



3.  Option Bar pula lokasinya adalah dibawah Menu Bar. Dalam dia ada tombol-tombol penyesuaian tambahan bergantung kepada pilihan yang kita buat pada Toolbox / Tools Pallete. Cuba perhatikan gambar dibawah. Apabila pilihan pada Toolbox / Tools Pallete adalah 'T' iaitu teks maka Option Bar akan berubah mengikut pilihan tersebut dengan memaparkan tombol-tombol yang sesuai untuk teks.



Mengenali Photoshop

Rasanya tek perlu shifu cerita panjang lebar dalam mukadimah pelajaran kita dengan PS ni. Boleh kata dah tersohor kepada semua orang akan kecanggihan aplikasi ini. Sebagaimana yang diketahui PS ni ada banyak versi dan yang akan kita perbincangkan disini adalah aplikasi Photoshop CS3 Extended. 

PS

Alhamdulillah untuk julung-julung kalinya kita bertemu di sini untuk sama-sama berkongsi apa yang kita miliki dengan sesama kita. Dalam Sudut PS ini shifu akan cuba membawa saudara sekelian tentang bagaimana menggunakan aplikasi PS ini. Tidak dinafikan amat banyak buku-buku dan klip tutorial dalam alam sensawang ini. Namun diperingatkan di sini shifu bukanlah tergolong dalam kelas profesional dalam bidang ini. Tetapi oleh kerana sukarnya untuk di temui satu kaedah pembelajaran yang mudah difahami dan dipraktikkan, menyebabkan seorang sahabat shifu mengusulkan supaya shifu membuka blog ini untuk berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa ini dengan peluncur yang dihormati sekelian.

Sayugia diingatkan bahawa blog ini bukan satu blog rasmi atau formal dalam membentangkan tatacara pengunaan aplikasi tersebut tetapi lebih kepada perkongsian pengalaman bersama. Oleh itu semua peluncur yang dihormati digalakan memberi komen dan apa jua maklumat yang bersangkutan isu yang dibincangkan untuk kebaikan bersama.

Wallahu 'alam

Dilancarkan Dengan Rasminya

Alhamdulillah dengan rasminya blog shifuPS akhirnya dapat disiapkan mengikut perancangan. Tujuan utama blog ini diadakan adalah sebagai berkongsi ilmu mengenai Photoshop CS3 dan mengedit photo. Telah diketahui bahawa terdapat banyak buku-buku dipasaran malah e-book juga mudah didapati untuk mempelajari mengenainya.

   Juga saudara peluncur sekelian amat banyak bahan tutorial di dalam Youtube atau yang seumpama dengannya. Namun blog ni mengambil pendekatan berkongsi dengan peluncur sekelian akan cara kegunaan perisian ini dengan cara yang santai dan lebih mudah supaya senang difahami. Insyaallah blog ini akan membawakan teknik-teknik penggunan PS CS3 dengan cara yang mudah untuk difahami dan dituruti. 

Butiran Kami

Cukup sekadar dikenali sebagai shifuPS. Tujuan utama dibina blog ini adalah untuk berkongsi ilmu yang sedikit ini dengan peluncur sekelian. Juga ianya sebagi satu sumbangan kepada semua. Semoga blog ini memberi manfaat kepada kita semua.

Jika mempunyai kemusykilan atau aper jua yang ingin dikongsi bersama sila emailkan kepada

shifumaster@gmail.com

Sudut Foto

Di dalam Sudut Foto ini akan kita perbincangkan akan tutorial tatacara untuk mengeditkan foto yang kita ambil dengan menggunakan Aplikasi PS CS3.


*** Under Construction ***


125 x 60